Ayatullah Sayed Ali berkata objektif utama memperolehi ilmu dan kemajuan teknologi ialah mencapai harga kemanusiaan dan mempertahankan hak golongan yang ditindas
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah Sayed Ali Khamenei kelmarin pagi berada dalam satu pertemuan dengan lebih seribu tokoh sains negara. Beliau mengatakan pelaburan dalam arena sains, teknologi dan pengajian kelas pertama merupakan prioriti untuk merancang kemajuan yang diperlukan.
Beliau merujuk kepada sains sebagai tunggak material negara dan kekuatan dalaman dengan mengatakan, "Semua warga Iran yang terdiri daripada pegawai, pelajar dan ahli akademik hendaklah lebih serius dan terus berusaha untuk menjadikan sejarah negara kekal abadi dalam lapangan sains".
Khameneni menyentuh tentang persekitaran negara dalam bidang tersebut. Antaranya ialah teknologi nuklear, 'stem cells', nanotechnology dan teknologi persekitaran di mana kemilangan pencapaiannya merupakan kebanggaan bangsa Iran. Kata beliau, "Demi meningkatkan pencapaian ini dan meluaskan skop pencapaian tersebut, kita perlu memajukan persekitaran kitaran saintifik yang berkaitan dengannya.
Pemimpin Syiah sedunia ini berkata, persiapan penting yang diperlukan untuk tujuan tersebut terdiri dari kelengkapan peranti lunak dan hardware. "Saintis elit memainkan peranan, pemikiran tajam dan mempromosikan kemajuan negara. Segala keperluan perlu disiapkan untuk mereka supaya matlamat mereka ini tercapai".
Khamenei berkata bahawa garis kasar plan komprehensif negara ini merupakan keperluan sains negara. Tambah beliau lagi kitarannya telah dikemas kinikan sementara hasil-hasilnya boleh dijadikan produk komersial.
Beliau menambah, "Kita hendaklah mencipta satu kitaran yang memberi jalan kepada pemikiran elit ini diserahkan kepada pusat saintis. Teknologi dan industri mereka boleh menjadi idea untuk produk industri atau bukan industri".
Beliau menegaskan bahawa pentingnya perindustrian dan berkata produk saintifik dan industri mempunyai potensi untuk menjana kekayaan. "Para pegawai organisasi ini hendaklah awal-awal lagi memikirkan soal perindustrian ketika projek saintifik dan industri bemula".