Perkahwinan, salah satu dari hakikat penting yang berlangsung dalam hidup manusia dan ia mampu mengubah aturcara hidup manusia. Hendaklah anda kenali seseorang yang bernasib baik akibat salah memilih jalan hidupnya. Seorang gadis dari keluarga yang baik dan beragama boleh tergugat aqidahnya di waktu mendatang, dengan satu kesilapan salah memilih calon suami yang tidak harmoni di sudut aqidah dan kebahagiaan rumahtangga. Tidak ada ragu lagi pilihan terpenting setiap insan ialah pemilihan pasangan. Dengan ikatan pernikahan, dua insan akan berkongsi semua urusan seperti detik-detik suka duka, sihat dan sakit serta miskin dan kaya. Pendek kata semua detik-detik hidup masa mendatang akan diharungi bersama. Memang benar lelaki sepanjang hari sibuk bekerja dan begitu juga sesetengah perempuan. Waktu-waktu bersama hanyalah sekitar setelah tengahhari dan ada pula yang dikeranakan kesibukan, mereka hanya bertemu pada malam hari. Jikalau negara menyiapkan fasiliti perkahwinan buat mereka yang mencapai usia yang sesuai, maka banyak masalah akan selesai dengan sendiri apabila semua institusi berganding bahu memikirkan dan melangsungkan atucara untuk matlamat kesejahteraan rakyat. Atas dasar kesedaran permasalahan sosial, demi kebaikannya pemimpin agung revolusi Islam Iran memberikan sedikit pesanan dalam satu surat dalam program perkahwinan mahasiswa. Beliau mengatakan:
"همسری شما جوانان عزیز که پیوند دل ها و جسم ها و سر نوشت ها ست . صمیمانه به همه ی شما فرزندان عزیزم تبریک می گویم . توصیه می کنم به همسران خود مهر بورزید . به آنان وفادار باشید و خویشتن را در سرنوشت یکدیگر شریک بدانید . از گره افتادن در زندگی مشترک بر حذر باشید و گره های کوچک وبی اهمیت را نادیده بگیرید . خداوند به شما خوشبختی وشادابی واعتلاء روحی عطا فرماید و کانون زندگی تان را با فرزندانی تندرست و صالح گرمی و روشنی ببخشد."
“Pemuda yang dikasihi, pasangan anda seorang yang menghubungkan hati, jasmani dan nasib. Dengan sepenuh hati, saya mengucapkan tahniah kepada anak-anak yang saya kasihi sekalian. Saya berpesan, hendaklah anda curahkan kasih sayang kepada pasangan anda. Setialah dengan mereka dan kerjasamakan diri anda dalam aturcara nasib satu sama lain."
"Cegahilah kerumitan dalam hidup bersama, dan abaikan kekusutan kecil dan tidak penting. Semoga tuhan menganugerahkan padamu kesejahteraan, kegembiraan dan ketinggian spiritual. Moga dikurniakan (padamu) fokus kehidupan anda anak-anak tercinta yang sihat dan soleh serta penyinar."