Telah disampaikan ke pejabat Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir pernyataan tersebut:
Bismihi Ta'ala,
Semboyan abadi hari al-Quds, mengenang kembali suara lantang Imam Khomeini mengutuk penindas Zionis. Lebih dari setengah kurun nampaknya jenayah ke atas kaum muslimin dan wilayah kiblat awal ini belum selesai. Orang ramai dalam tahun-tahun kebelakangan ini telah beraksi menentang pembunuh keji, perampas yang melindungi syaitan besar. Seumpama gunung yang kukuh orang ramai meluahkan keluhan, patuh pada firman tuhan, kadang kala mengorbankan diri seperti seperti kisah nabi Ibrahim dan nabi Ismail demi menjaga kemuliaan manusia dan tanah Islam sehingga kemenangan darah mengatasi pedang.
Mengenang al-Quds merupakan siasah Imam khomeini yang tajam pemikirannya di mana hari ini boleh menyatukan sebanyak mungkin ummat Islam dan golongan tertindas di bumi sehingga pembuli tidak mampu mendekati tanah suci mereka.
Rejim penyamun Zionis yang dibela mustakbirin dunia tanpa segan silu telah menginjak-injak peri kemanusiaan. Kepungan ke atas Gaza merintis pencabulan hak asasi manusia tanpa memperdulikan teriakan kebebasan dari seluruh dunia. Zionis dengan kekuatan rapuh tidak malu-malu membuat kepungan tanpa had, menyerang kapal bantuan kemanusiaan serta mengancam ingin berperang dengan negara-negara damai seperti Iran yang sedang membangunkan teknologi atas dasar keamanan.
Rejim perampas Israel terlupa bahawa warga Iran adalah masyarakat yang mencari damai serta tidak pernah sekali-kali berhasrat ingin berperang dan mengancam siapa-siapa pun. Namun sekiranya kepentingan Iran dalam bahaya mahu tidak mahu kepentingan Israel dan negara pendukungnya di serata dunia turut berada dalam bahaya juga. Mereka hendaklah mengiyakan slogan-slogan hari al-Quds yang menginginkan Israel dihapuskan dari pentas masa nanti.
Pejabat Tablighat Islami Hawzah Ilmiyah Qom menyeru seluruh jentera politik Iran mengutuk ancaman Israel bersama penyokong wilayatul Faqih menjunjung tinggi perutusan Rahbar dalam menggagalkan rancangan-rancangan musuh agama. Marilah menyertai kemeriahan perarakan hari al-Quds yang bakal menggegarkan sawang penjajah dan penzalim Zionis sedunia sehingga desakan di seluruh dunia ini akan menjadi kenyataan.