خبرگزاری اهل‌بیت(ع) - ابنا

دوشنبه ۸ مرداد ۱۴۰۳
۷:۲۳
در حال بارگذاری؛ صبور باشید
یکشنبه
۱۴ شهریور
۱۳۸۹
۱۹:۳۰:۰۰
منبع:
کد خبر:
202759

Anggota Hamas menyeru serangan di dalam kawasan Israel

آآ

Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, ketika perarakan besar sembpena hari al-Quds di Gaza, anggota Hamas Ismail al-Shaker memberi amaran para pejuang tidak akan berdiam diri apabila kawasan Palestin di kepung. Beliau juga menyeru serangan lanjutan ke atas Israel.

Sambil mengucapkan terimakasih kepada Iran yang terus memberi perhatian terhadap isu Jurusalem, beliau mendesak negara-negara lain mencontohinya. Mengenai kawasan autonomi yang menyertai rundingan damai, beliau berkata itu hanyalah pengkhianatan terhadap Allah dan rasulnya. Beliau juga berjanji Jurusalem akan dibebaskan sepertimana ia telah dibebaskan oleh Salehuddin melalui jalan jihad dan perjuangan.

Khalid al-Batsh menyeru briged al-Qassam dan al-Quds, angkatan bersenjata dibawah Hamas dan Jihad Islam ini bertindak menyerang musuh di mana sahaja dan melaksanakan operasi di dalam Israel.