Agensi Berita Ahlul Bait, SIKANDRABAD- Girdawar Muhammad Hashim Khan penyelia barangan bantuan telah dituduh menyebarkan persengketaan mazhab dan mengabaikan mangsa banjir populasi Syiah.
Penduduk tempatan Ghulam Ali Shabbir, Amir Mukhtar, Riaz, Malik Saadat dan beberapa orang dari Ranjhe Wala telah menulis pernyataan mengenai perkara ini kelmarin.
Mereka mengatakan Girdawar seorang yang fanatik Sunni dan membenci masyarakat Syiah.
"Dia sentiasa meremehkan Syiah dalam operasi bantuan dan sama sekali tidak mengirim bantuan ke dua buah kampung kerana dia tahu di sana mempunyai penduduk majoriti Syiah".
Mereka mengatakan peduduk di Ranjhey Wala adalah Syiah dan pegawai bantuan tersebut telah menyingkirkan semua nama-nama masyarakat Syiah dalam senarai bantuan banjir. "Kawasan Ranjhey Wala tidak pernah dikirim bantuan walaupun sebotol air", kata Malik Saadat. Penduduk mengatakan mereka sangat menderita sepanjang banjir dan ramai penduduk hilang rumah dan harta benda.
Penduduk di Sikandrabad berkata Hashim Khan telah meniupkan api perseteruan Mazhab di kawasan tersebut dan telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada masyarakat Syiah di masjid. Penduduk memohon kepada menteri kewangan negeri, Suruhanjaya Sargodha dan pegawai daerah Mianwali untuk membuka fail kes ini di pengadilan.