Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, Setiausa Agung Majma' Ahlul Bait Hujjatul Islam Wal Muslimin Muhammad Hasan Akhtari memberikan komennya tentang seruan seorang paderi Kristian Amerika yang berhasrat menganjurkan hari membakar al-Quran sempena memperingati peristiwa 11 September. Beliau berkata, "Saya tahu siapa yang bertepuk tangan melihat aksi paderi dan pengikut gereja ini".
beliau menambah, "Penghinaan kepada mana-mana agama, kebudayaan dan tatacara hidup adalah aksi yang sungguh tidak bijak, jahil dan fanatik. Aksi ini akan dikutuk oleh semua insan yang bebas, benpandangan jauh, berakal dan pengikut semua agama. Setelah ini umat Islam akan memaklumkan perbuatan tersebut tidak disenangi mereka.
Merujuk kepada beberapa kumpulan politik yang menyokong aksi ini Setiausaha Agung Majma' mengatakan, "Tidak syak lagi, Zionis berada di balik mereka". Individu ini hendaklah mengetahui seruan begini menghasilkan jurang antara pengikut agama-agama. Kita mempunyai tanggungjawab untuk mengharmonikan mereka".
Hujjatul Islam Akhtari menegaskan, "Pemimpin mazhab, para ilmuan, uskup-uskup, paderi-paderi, alim ulama dan cendiakawan agama hendaklah berusaha supaya pengikut agama saling harmoni dan bekerjasama antara satu sama lain secara meluas. Jikalaulah pengikut individu ini benar-benar menuruti Injil, mereka pasti tahu bahawa pengikut Isa sangat terkenal dengan sifat penyayang dan ramah. Kebanyakan ajaran Injil sama seperti Quran dalam menekankan aspek kasih sayang dan persaudaraan di antara masyarakat."
Beliau memperingatkan, "Quran sebuah kitab yang menyeru manusia agar mengamalkan persaudaraan, perdamaian, saling menjaga, membela fakir dan anak yatim serta orang susah. Apakah ciri-ciri seruan ini membolehkan ia dihina.?
"Hendaklah diusahakan jalan dialog di antara pemimpin pergerakan ini dan mereka mesti didedahkan kebenaran Islam dan Quran. Tidak dapat dinafikan mereka tidak mengerti al-Quran. Kemungkinan besar mereka terpengaruh dengan perbuatan beberapa kumpulan yang menggunakan nama Islam. Pergerakan ini sebenarnya adalah hasil dari kegiatan emperialisme dunia iaitu Amerika dan Zionis".
"Terlalu ramai umat Islam, ulama, organisasi dan negara Islam sejurus hari serangan 11 September memaklumkan Islam menentang keganasan. Umat Islam menyatakan individu yang menyokong aksi begini bukan dari kalangan kami. Islam jauh dari keganasan dan kekejaman serta mengutuk perbuatan tersebut."
Beliau berharap yayasan dan organisasi Islam di barat berusaha lebih aktif memperkenalkan Islam kepada individu ini dan menyingkirkan kejahilan yang membawa pendekatan ekstrem kepada Islam.
Kata beliau lagi, "Semoga masyarakat antarabangsa dan badan hak asasi manusia serta persidangan negara-negara Islam menghalang aksi ini dengan kaedah perundangan kerana perbuatan itu akan membawa ketegangan antara umat Islam dan bukan Islam. Hendaklah tindakan awal diambil. Majma' Ahlul Bait (as) juga telah menyatakan kewajibannya mengutuk aksi ini."