خبرگزاری اهل‌بیت(ع) - ابنا

دوشنبه ۸ مرداد ۱۴۰۳
۷:۱۳
در حال بارگذاری؛ صبور باشید
شنبه
۲۰ شهریور
۱۳۸۹
۱۹:۳۰:۰۰
منبع:
کد خبر:
203655

Walaupun diberi amaran dari seluruh dunia

Akhirnya naskah-naskah al-Quran di Amerika telah dibakar

Walaupun telah diberi amaran dari seluruh dunia dan acara membakar al-Quran dibatalkan oleh seorang ekstremis, masih ada beberapa individu yang bertindak biadab membakar al-Quran tanpa dicegah oleh pihak berkuasa Amerika.

آآ
Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, walaupun uskup Kristian di gereja Florida telah membatalkan acara membakar al-Quran, kelmarin sekumpulan telah menghina al-Quran di tempat yang lain sempena memperingati peristiwa 11 September. Sekumpulan penentang Islam telah berkumpul di depan Rumah Putih dan ketuanya telah membakar senaskah al-Quran. Manakala ditempat lain pula dua orang paderi Kristian bermazhab protestan telah membakar dua naskah al-Quran. Menurut laporan selain itu di tempat pembinaan markaz Islam pula, seseorang dikatakan telah mengoyak senaskah al-Quran dan membakarnya.