Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Presiden Iran Mahmoud Ahmadi Nejad akan melawat Lubnan atas undangan rasmi kerajaan tersebut menurut akhbar harian as-Safir pada hari Sabtu.
As-Safir mengutip sumber rasmi sebagai berkata bahawa Presiden Ahmadinejad akan bertemu dengan presiden Michel Sleiman, speker Parlimen Nabih Berri, perdana menteri Saad Hariri dan beberapa pegawai negara tersebut.
Akhbar tersebut menyatakan kesetiakawanan Lubnan dalam mempertahankan hak bangsanya menentang ancaman Zionis dan menyokong pergerakan pejuangan rakyat Lubnan merupakan prioriti kerajaan Iran.
Republik Islam Iran dijangka akan memperlengkapkan senjata tentera Lubnan dan mempertingkatkan lagi kerjasama mereka dalam industri minyak dan tenaga, jelas as-Safir.
Ini adalah kunjungan Ahmadinejad ke Lubnan buat kali pertama sejak beliau menjadi Presiden sejak tahun 2005.