خبرگزاری اهل‌بیت(ع) - ابنا

شنبه ۳ آذر ۱۴۰۳
۱۲:۳۷
در حال بارگذاری؛ صبور باشید
شنبه
۱۷ مهر
۱۳۸۹
۲۰:۳۰:۰۰
منبع:
Eksklusif ABNA
کد خبر:
208239

Setelah kontroversi penghinaan Yaseer al-Habib

Wahabi melancarkan serangan dahsyat terhadap Syiah dalam internet!

Merujuk tersebarnya ucapan Yasser al-Habib di London atas nama seorang ulama Syiah yang menghina beberapa simbol Ahlusunnah, kelompok ekstremis Wahabi bertindak balas dengan membuka beberapa laman web yang memicu cercaan asas Aqidah Syiah.

آآ

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Merujuk tersebarnya ucapan Yasser al-Habib di London atas nama seorang ulama Syiah yang menghina beberapa simbol Ahlusunnah, kelompok ekstremis Wahabi bertindak balas dengan membuka beberapa laman web yang memicu cercaan asas Aqidah Syiah.

Dalam laman-laman web tersebut, ekstremis Wahabi telah menghina beberapa nama yang dianggap suci buat pengikut Syiah Imamiyah dengan perkataan yang tersangat keji.

Dalam laman web berjudul  «منتديات امام الزمان» (Komuniti Internet Imam Zaman) mengandungi satu tulisan yang mengingkari kewujudan Imam Zaman. Terdapat juga satu artikel yang menghina para Marji' Syiah terutama Ayatullah Imam Khomeini. Manakala antara artikel penghinaan yang lain pula berjudul "Iblis salah seorang Maula Ali bin Abi Talib!! (Na'uzubillah).

Laman web yang lain menggelarkan diri mereka «منتدیات الصدیقة عائشة» (Komuniti Aisyah) telah diasaskan dengan penelitian pengaruh Aisyah dalam al-Quran, Sunnah, dan kesusasteraan! Laman web ini memperkenalkan Aisyah dengan laqab-laqab Faqihah, Muhaddith, Shadiqah, Thahirah dan lain-lain lagi. Sementara itu laqab-laqan khusus untuk Fathimah tidak diperlihatkan disamping menggambarkan kononnya Syiah sama sekali tidak memanggil Aisyah sebagai Ummul Mukminin. Sebahagian dari makalah di dalam laman web ini mengandungi perkataan-perkataan dinisbahkan kepada Fatimah Zahra (as) yang sangat menyakitkan hati serta mempertikaikan kemaksuman beliau.

Dalam salah satu laman web ini warga Iran mereka gelar sebagai Majusi dan Musyrik kerana Rafidhah. Ratusan gambar dan filem Azadari Syiah di tempat-tempat Ahlul Bait termasuk di jalan-jalan sekitar Iran dan Iraq dimasukkan demi menunjukkan bahawa Syiah sebagai kaum Musrikin.

Selain itu beberapa laman web yang lain menggelarkan diri mereka sebagai komuniti pertahanan sahabat, komuniti Ahlusunnah dan komuniti Amamah. Web site yang terakhir mengandungi berbagai tohmahan kepada ulama Syiah dan ulama Islam kerana mereka memakai pakaian yang sama seperti Yaseer al-Habib.